14 September 2016

Cara Guna Whatsapp di PC dan Laptop


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Lamanya saya tak update blog ni kan. Nak kata engajuk tak jugak. Tapi kesibukan diri kot. Rindu sebenarnya tau nak mencoret kan blog yang comel ni..hihi. Sila jangan muntah hijau ok. Comel ker?? Hanya empunya badan jer ngaku blog dia comel kan sebab nak ambik mood berkarya kat dalam ni. 

Ok2, korang tahu tak cara nak menggunakan aplikasi Whatsapp di PC atau Laptop? Ker ada yang tahu tapi tak guna. Best tau guna. Sambil orang wat kerja tu boleh chat kat pc @ laptop korang. Tak payah lah buka hp. Tapi pastikan hp korang tu ON tau dan ada DATA ok. Kalau tak memang sampai tahun depan pun korang tak boleh nak guna. hahaha...


Nak tahu cara? Jom ikuti step by step di bawah ini ('',)

Cara Guna Whatsapp di PC dan Laptop 

  1. Pastikan Whatsapp di handphone anda adalah Whatsapp v 2.11.498.
  2. Cek di Whatsapp > Setting > Help > About. 
  3. Sekiranya dah up to date, sila restart dahulu handphone atau off dan on semula. 
  4. Masuk Whatsapp Web di Laptop/Pc -> https://web.whatsapp.com/
  5. Reload QR Code. 
  6. Scan code menggunakan handphone. Klik Menu > Whatsapp Web. 
  7. Scanned! Chrome akan buka new tab @ reload tab untuk Whatsapp di Chrome!.. Done! 
Selamat berwhatsapp on desktop!

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

09 October 2015

Renungan Bersama Nak Ikhlas Solat Dhuha

Assalamualaikum & Salam Jumaat Kawan-Kawan ('',)

Renungan peringatan kita bersama sebagai hamba Allah.
..........................♡♡♡♡♡...........................

Google Picture
Pernah ada satu soalan maut dari seorang sahabat. Dia cakap, dia buat Dhuha tapi rasa tak Ikhlas. Sebab dia buat dhuha sebab nak kaya, nak sales jalan. Nak rezeki banyak. Lama dah dia simpan, tapi tak tahu nak tanya sapa. Lalu dia tanya saya.

Sahabat tu kata. Dia buat dhuha, kadang bila dia buat dhuha, tapi takde sales, lagilah dia tak ikhlas. Ermmm, saya pun bukan ustazah. Tapi saya cuba menjawab untuk menukar persepsi dia. Bukan saya juga boleh buat dia ikhlas. Saya pun masih berlobang sini sana. Keihlasan saya pun masih belum tentu solid. Entah-entah 5% pun penat nak sampai.

Saya jawab.....
Laila (bukan nama sebenar), awak rasa tak ikhlas sebab awak rasa dhuha tools untuk awak minta lebih dengan Allah. Buat sebab nak dapat ganjaran. Sebenarnya, nilai kehambaan dalam diri awak tinggi, awak nak buat dengan rasa kehambaan.

Jadikah dhuha surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih dari awak untuk Pencipta. Awak bangun pagi, jantung awak berdengup sihat, tiada sesak dada - ada orang bangun, mesin oksigen di tepi, jantung dah tak boleh operasi sendiri. Syukurlah...

Ada orang bangun, sudah tidak dapat melihat. Meraba-raba dalam kegelapan dunia. Awak boleh melihat orang yang awak sayang, boleh melihat senyuman si anak.

Awak bangun dalam kekalutan, masih sempat sediakan sarapan walaupun roti dan telur untuk anak-anak, menghantar mereka kesekolah. Ada orang anakknya makan rumput, mencari makanan di tong sampah. Tak mampu nak hantar anak kesekolah. Anak kecil terpaksa bekerja membantu keluarga.

Laila (bukan nama sebenar), 
Terlalu banyak nak di syukurkan. tak perlu saya beritahu satu persatu. Mulai esok, tukar persepsi. Jadikah dhuha sebagai surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih awak pada Allah. 
Nikmat buka hanya wang ringgit. Nikmat bukan hanya pada harta.

Allah janji : Barangsiapa bersyukur pasti Allah tambah nikmat. disitulah kunci Dhuha menjadi Kaya.

Saya harap ianya membantu menukar persepsi. Terlalu banyak keluhan berbanding kesyukuran. Ruginya siapa tak solat Dhuha...


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

07 October 2015

4 Idea Kreatif Jimat Bagi Anak BijaK

Assalamulaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Mesti semua ibu bapa mahu anak-anak bijak & cerdik kan? Itu termasuklah diri saya. Jadi artikel kat bawah ni mumgkin boleh membantu anak2 kita bijak & kreatif dengan hanya menggunakan alat bantuan mengajar atau alat permainan yang memang ada di rumah. Sambil kita berjimat masih boleh ajar anak sendiri menjadi BIJAK!

JOM CUBA KAWAN-KAWAN
...................♡♡♡♡♡................................

Ibu bapa yang bijak perlu merancang idea yang kreatif untuk merangsang perkembangan anak di rumah supaya dia boleh membesar sebagai anak yang bijak.

Oleh kerana ibu bapa hendak menjimatkan penggunaan wang ringgit dalam perbelanjaan rumah, tidak semestinya perlu membeli pelbagai alat permainan dan alat bantu mengajar untuk anak. Sebaliknya, boleh buat sendiri permainan anak menggunakan bahan sedia ada di rumah. Berikut adalah beberapa contoh kreatif permainan merangsang anak bijak.

1) Belajar Mengira

Bunyi permainan ini macam membosankan sebab ia berkaitan dengan bab mengira. Jangan menggunakan kaedah konvensional di mana anak perlu mengira dan menulis angka di atas kertas. Kanak-kanak cepat belajar mengira bila ada objek. Anda boleh pilih sebarang objek yang ada di sekitar rumah. Contohnya menggunakan penceduk susu tepung anak sebagai objek untuknya belajar mengira. Kemudian letak bilangan objek itu di dalam pinggan kertas yang ditulis nombor atasnya.

2) Mengenal Warna

Sediakan apa sahaja objek yang sama tetapi mempunyai pelbagai warna dan yang penting selamat untuk kanak-kanak. Suruh anak asingkan objek mengikut kumpulan warna yang sama. Aktiviti ini sangat membantu kanak-kanak yang baru hendak belajar mengenal warna. Bermain dengan warna merupakan cara terbaik merangsang minda anak. Kanak-kanak lebih teruja untuk belajar dan tidak cepat bosan kerana dalam masa yang sama mereka boleh bermain. Antara objek yang boleh digunakan seperti sudu, sepit baju, batang aiskrim, gelung ikat rambut dan banyak lagi.

3) Kemahiran Motor Halus

Bagaimana hendak menyuruh anak kecil duduk diam? Buat aktiviti yang boleh membuatkan mereka khusyuk seperti menyusun manik. Sediakan manik pelbagai warna dan bentuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna. Bagaimanapun aktiviti ini agak berbahaya dan ia mesti dilakukan dengan pantauan orang dewasa. Penggunaan objek kecil membantu merangsang kemahiran motor halus anak dan membantu anak lebih fokus.

4) Menyusun Objek

Gunakan cawan atau mangkuk plastik pelbagai warna. Suruh anak susun ia menjadi satu bentuk menara.
Secara tidak langsung anak belajar mengenal bentuk dan cara membuat susunan tinggi yang seimbang.

Di samping ibu bapa merancang dan mencipta pelbagai bentuk aktiviti, ibu bapa haruslah juga memberikan makanan yang berkhasiat bagi membantu merangsang anak bijak!

Edit Sumber : Pa & Ma Oktober 2015

Promosi Shaklee Oktober 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan tahu tak apa suplemen yang Shaklee bagi 'offer' untuk bulan Oktober 2015 ni? Jika ada yang masih tak tahu, meh saya nak bagitahu.. Yang paling BEST dan MENARIK ada promosi beli 1 percuma 1 botol... BEST kan?? Apa lagi kawan-kawan ambil lah peluang membeli sebelum kehabisan stok tau! 

BELI 2 BOTOL 5% DISKAUN

BELI 6 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL

BELI 1 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

02 October 2015

CINTA HIGH CLASS!

Assalamualaikum & Salam Jumaat Kawan2 Semua.....

Memandangkan saya masih bercuti-cuti menjaga anak chicken pox kan jadi saya berkesempatan menonton rancangan FIQH WANITA di TV3 tadi. Topiknya hari ni tadi Cinta High Class. Seronok gak dengar tadi. Belajar ilmu baru kan.. Alhamdulillah diberi peluang dengar tazkirah dari perbincangan Ustazah Fatimah Syarha yang comel serta ayu tu... Sopan santun sungguh ustazah tu. Moga info ni bermanfaat untuk kawan2.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

♡CINTA HIGH CLASS♡

Cintakan Allah dahulu sebelum kita mencintai sesama manusia. Itu baru dinamakan Cinta High Class!

Ada 3 jenis CINTA

1) CINTA AGUNG
Cinta kita kepada Allah, Rasul & Jihad ke atas jalanNya...

2) CINTA PERTENGAHAN
Cinta kita sesama manusia iaitu suami, anak2, ibu ayah, keluarga, harta benda, rumah, perniagaan dll

3) CINTA PALING BAWAH @ HINA
Cinta yang mengutamakan CINTA PERTENGAHAN daripada CINTA AGUNG. Contohnya bila kita berniaga sehingga melupakan solat. Bila lepas bernikah seronok sangat sehingga lupa menunaikan solat subuh paginya. Itulah antara contohnya yang boleh kita nampak CINTA yang dikategorikan CINTA HINA...

Oleh USTAZAH FATIMAH SYARHA♡

Semoga kita semua tidak tergolong dalam CINTA yang no 3 tu yer kawan2....

Korang memang Comeii sebab sudi membaca di blog saya. Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer('',)

01 October 2015

Anak Chicken Pox Boleh Mohon Cuti Separuh Gaji

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Bismillahirrahmanirrahim...

"Selamat Tinggal September, Selamat Datang October``

Semoga hari yang mendatang akan membawa keberkatan pada kita semua. 
InshaaAllah.

Jangan lupa tau kawan-kawan setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah pergi. Aamin.......

Hari ni saya nak bercerita tentang anak2 saya. Dugaan nak membesarkan anak2 syurga kami.



Ada tak kawan2 seperti saya. Cuti dah tinggal sedikit tapi anak diserang penyakit "chicken pox". Yerlah sebagai ibu tak sampai hati kan nak bagi orang lain yang bela. Biarlah tangan ibu sendiri yang membersihkan bintik2 awak tu. Sebagai pekerja kerajaan korang boleh mohon cuti separuh gaji tau ikut berapa lama nak ambil. Yang penting ada surat doktor yang mengesahkan anak "chicken pox". Macam saya kebetulan si kecik tu kena chicken pox masa cuti raya haji. Jadi saya ambil tambahan cuti separuh gaji selama 6 hari jer sebab cuti tahunan dah tinggal cikit. Kalau tak boleh jer ambil lagi kan cuti tahunan. Biasalah nak membesarkan anak2... cuti memang selalu berkurang jer...



Itu contoh surat doktor mengesahkan anak saya diserang virus "chicken pox". Ringkas jer kan doktor tu tulis..

3minggu lepas kakak dia sebenarnya diserang virus chicken pox. Duduk taska kan. Berjangkitlah dari kawan2. Lepas 2minggu kakak dah beransur baik, adik pulak berjangkit. Kakak boleh lah lagi bawa ker opis kan sebab boleh harap tolong ibu buat kerja...keluarkan tape backup..duduk diam2 tengok movie. Kalau adik nak bawa pergi opis tak dapat buat kerja ibu.. Kang habis semua barang2 kat citu dia nak masuk dalam mulut. Tak pasal2 bertukar jadi transformers kan..hihi.. Aktif ko main adik ni walaupun badan ada bintik2. Jadi susur ngesot bawah meja ibu, mana taknya orang merangkak baya2 dia ni tapi dia mengesot('',)hehe...

Doakan anak2 saya cepat sembuh yer kawan2....

Kalau ada yang nak tahu macam mana saya merawat anak2 saya di serang virus 'CHICKEN POX' ni bolehlah hubungi saya untuk kita berkongsi info. Jangan segan tau saya memang suka berkongsi info...

Ummi Syahmi
018-2465 122 (whatssapp & tele)
ummirdinacong.blogspot.com

Korang memang comel sebab sudi membaca di blog saya ni. Semoga lain kali sudi-sudi lah membaca di sini lagi yer♡♡♡

30 September 2015

Nasi 3K (Kari.Kurma.Kismis)

Assalamualaikum & Selamat Malam Kawan2 Semua...

Hari ni tadi terajin nak cuba masak nasi kari daging sebenarnya. TAPI disebab kan daging yang ada tu daging kurban jadi tak dapatlah nak masukkan daging dalam nasi tu. Sebab my hubby tak makan dagimg kurban. Dia kata kesian lembu tu dikorbankan. Nak wat camner kan. Memang semenjak lahir dah gitu katanya. So kami redha ajerlah...hihi..Kalau masak daging kurban hubby tak makanlah.. rugikan. Daging kirban lah sedap & lembut suci gitu...

Jadi alkisahnya, maka terhasil lah nasi yang diberi nama NASI 3K tadi....hehe..suka suki jer aku kan nak letak nama nasi tu. Lantaklah yang penting sedap tekak nak makan & sedapp. Boleh dimakan. Inilah hasilnya. Sedap gak tadi.. Bertambahlah nasi makan ('',)



Korang nak resepinya? Ok kalau free2 nnti korang cubalah resepi ni yer..

NASI 3K

Bahan2 tumis
2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
* dimayang halus
2 inci halia - diketuk
1 batang kulit kayu manis
4 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 buah pelaga

Beras basmathi 2 1/2 cawan - direndam 30 minit dan toskan
2 sudu rempah kurma
3 sudu rempah kari
Segenggam kismis
Sedikit minyak sapi @ majerin
Sedikit minyak masak

Cara2 memasak :-
1) Panaskan kuali atau terus guna periuk nasi jer. Masukkan minyak sapi. Kat rumah xder minyak sapi. So saya guna majerin dalam 2 sudu besar. Pastu tambah minyak masak sedikit.
2) Tumiskan rempah penumis 4 sekawan, halia, bawang putih serta bawang besar.
3) Bila dah wangi boleh masukkan rempah kari & kurma. Dah garing masukkan air sedikit.
4) Boleh masukkan air mengikut sukatan beras. Jika guna beras basmathi pastikan lebihkan 1 cawan air dari sukatan beras. Contoh 2 cawan beras. Airnya 3 cawan. Fahamkan ku terangkan ni..hehe..
5) Bila air dah mendidih sedikit boleh masukkan beras yang dah direndam dan ditoskan airnya tadi. Kacau rata bagi ramuan sebati dengan beras.
6) Jika korang masak guna periuk nasi tadi so terus masak nasi tadi macam biasa pakai rice cooker elektrik.
7) Nasi nak hampir masak, campakkan kismis dan gaul guna garfu tau jangan guna sudip nasi. Nanti nasi korang patah tak cantik..hihi...
8) Nasi dah masak, bolehlah makan dengan lauk kegemaran korang. Siap Nasi 3K!

SELAMAT MENCUBA KAWAN2...

Korang memang comel sebab sudi membaca di blog ini. Jika sudi lain kali leh singgah lagi membaca di sini.